KDA FC perlu beri tumpuan penuh baki perlawanan Liga Super

KDA FC perlu beri tumpuan penuh baki perlawanan Liga Super

Ifedayo Olusegun (dua dari kiri). – FOTO KDA FC

PENYERANG utama Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo Olusegun mahu semua pemain kelab tersebut memberi tumpuan penuh pada baki empat perlawanan Liga Super 2023 dalam usaha untuk merampas tempat kedua daripada Selangor FC.

Menurutnya, aksi menentang Negeri Sembilan (NS) FC di Stadum Darul Aman pada Sabtu ini disifatkannya sebagai sangat penting dan Sang Kenari tidak boleh keciciran mata pada perlawanan tersebut.

“Mata penuh adalah sasaran kami dalam semua perlawanan yang akan dilalui selepas ini, sekali gus membuka ruang untuk aksi ke peringkat Asia pada musim depan,” katanya mengulas aksi Liga Super pada Sabtu.

KDA FC kini berada di kedudukan ketiga liga dengan mengumpul 47 mata menerusi 15 kemenangan, dua seri dan lima kekalahan selepas 22 perlawanan.

Scroll to Top