harisfadli@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Pihak polis sedang mengesan orang hilang (OH), Foo Yoon Kwan,63, yang kali terakhir dilihat 31 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki itu 9.50 pagi semalam.
“OH kali terakhir dilihat di sekitar Persiaran Perdana Bandar Sri Damansara, di sini kira-kira 12 tengah hari pada 31 Oktober.
“OH dianggarkan setinggi 168 cm, berat kira-kira 60 kilogram (kg), berkulit putih dan rambut botak di bahagian tengah serta berbibir nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 0379662222.
© New Straits Times Press (M) Bhd




