Pelawak Amir Raja Lawak berharap isu tunggakan bayaran daripada sebuah stesen televisyen dapat diselesaikan dengan baik.
Memetik mStar Online, Amir berkata keadaan kesihatan bapanya kini kurang baik dan semakin uzur serta memerlukan penjagaan rapi kerana tidak mampu berjalan.
BACA: PM Jumpa Amir Raja Lawak, Beri Sumbangan Wang Tunai
“Awal tahun ini ayah dah tak boleh keluar berjalan, kerap sangat nak buang air besar. Bila hantar ke hospital, mula-mula doktor kata gastrik, tapi kemudian sahkan kanser usus.
“Sekarang ini sudah uzur jadi ayah duduk di rumah saja. Nak bangun pun jatuh, pernah terhantuk dinding dan kerusi. Jadi memang kena ada orang sentiasa jaga,” katanya.
Sementara itu, Amir berkata wang tunggakan RM18,000 itu mahu digunakan sebagai persediaan untuk menampung kos rawatan, kecemasan serta ubat-ubatan bapanya.
“Saya nak duit saya saja, jumlah sekrang RM18,000. Duit itu memang untuk standby rawatan ayah, takut ada kecemasan,” katanya.
Dalam pada itu, mengenai notis tuntutan (LOD) daripada pihak stesen TV berkenaan, Amir enggan memperbesarkan perkara itu dan perbincangan di antara mereka akan dibuat dalam masa terdekat.
“Saya tak nak perbersarkan lagi, biar saja dulu. Sekarang belum terima LOD itu. Akan ada perbincangan dengan mereka dalam masa terdekat. Saya nak selesaikan dengan baik,” katanya.
Sumber: mStar Online