Keadaan makin kritikal & tenat, Ainul Mardhiah dikejarkan ke ICU

Keadaan makin kritikal & tenat, Ainul Mardhiah dikejarkan ke ICU

Ibu kepada kanak-kanak yang pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani Zaidi memberitahu anaknya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU). Berita tersebut dimaklumkan menerusi platform Instagram miliknya sebentar tadi.

Nurul Erwani berkata, Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan jangkitan telah merebak ke seluruh tubuh.

Dan, apa yang lebih menyedihkan apabila si ibu itu meluahkan rasa gagal kerana tidak memberi perhatian kepada Ainul.

Terbaharu, Nurul Erwani sempat menitipkan pesanan kepada semua orang agar lebih berwaspada meskipun hanya duduk di rumah sahaja.

“Sekarang ini virus ada di mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah sahaja, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ini jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni.”tulisnya.

Di ruangan komen, orang ramai berdoa agar adik Ainul diberi kesembuhan seperti sedia kala dan diharapkan orang tua Ainul tabah menghadapi dugaan ini.

Untuk info pada 2019, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

Sumber: Instagram @_nrlerwani