am@hmetro.com.my
Papar: Suasana di hadapan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut dilihat terkawal setakat petang ini.
Tinjauan mendapati keadaan dalam kawasan sekolah agama berasrama penuh terbabit kosong dan tidak ada sebarang perhimpunan diadakan.
Beberapa buah kereta dilihat melalui dan juga berhenti seketika di hadapan bangunan sekolah sebelum dua kenderaan anggota polis tiba sekitar jam 2:45 petang.
Beberapa orang polis membuat tinjauan di kawasan itu sempat bertanyakan keberadaan petugas media di situ.
Selain itu, tinjauan turut mendapati, terdapat beberapa individu yang dilihat membawa plakad tertera tulisan ‘Justice For Zara’.
Walau bagaimanapun, mereka bersurai sekitar jam 4:20 petang.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai perhimpunan di hadapan sekolah itu susulan perkembangan kes membabitkan Allahyarham Zara Qairina.
Dua hantaran terbabit masing-masing mengajak orang awam untuk berhimpun hari ini bermula jam 3 sehingga 5 petang dan 29 Ogos depan.
© New Straits Times Press (M) Bhd