Keadaan Terkini Yasin Sulaiman Undang Perhatian Ramai | Trending – Oh! Media

Keadaan Terkini Yasin Sulaiman Undang Perhatian Ramai | Trending – Oh! Media

Trending

Penampilan terkini Yasin Sulaiman di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan undang perhatian ramai.


Penyanyi terkenal, Yasin Sulaiman yang kini menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan menunjukkan perubahan positif berbanding ketika berada di penjara.

Menurut laporan Kosmo, penampilan terbaru Yasin dilihat semakin berisi berbanding penurunan berat badan mendadak akibat penyakit tiroid sebelum ini telah mengundang perhatian ramai.

Yasin Sulaiman makin sihat di Tanjung Rambutan

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim telah memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai Yasin selepas menziarahinya semalam.

Diberi kesempatan untuk menziarahi sahabat yang juga seorang pejuang, saudara Yasin Sulaiman yang kini berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan (Perak).

Beliau turut menyelitkan beberapa bait lagu Sepi Perantau, yang pernah dipopularkan Yasin bersama kumpulan Brothers, sebagai tanda kenangan dan semangat.

Peminat terharu lihat perubahan terkini

Yasin kabanis

Ramai netizen dan peminat meluahkan rasa syukur dan lega melihat keadaan Yasin yang kini lebih baik.

Nampak dia lebih sihat dan cergas.

Apabila diletakkan di tempat yang betul, alhamdulillah dia semakin sihat.

Semoga cepat sihat abang Yasin.

Untuk rekod, Yasin pernah kehilangan 18kg semasa ditahan sejak November 2022. Malah abangnya, Zain Sulaiman, mengakui Yasin terlalu kurus sehingga menampakkan tulang.

Pada 29 November 2023, Mahkamah Sesyen membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah. Namun, pada Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan selepas beliau didapati bersalah atas pertuduhan yang sama.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya mengembalikan keputusan pembebasan, melegakan banyak pihak yang mengikuti kes Yasin pada 28 April lepas.

Pssttt! Kadang-kadang, sokongan moral dan rawatan di tempat yang betul mampu beri harapan baru dalam hidup seseorang. Jangan cepat menghukum, kerana setiap insan ada peluang untuk berubah.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top