Keajaiban Terulang, Nora Danish Sebak Dapat Sentuh Kaabah Untuk Kali Kedua – “Allah Makbulkan Doa Saya..”

Keajaiban Terulang, Nora Danish Sebak Dapat Sentuh Kaabah Untuk Kali Kedua – “Allah Makbulkan Doa Saya..”

Perjalanan dan kisah hijrah, pelakon jelita, Nora Danish sentiasa menjadi tumpuan ramai di platform media sosial.

Nora yang kini sedang menjalani ibadah Umrah bersama kakaknya, Cathy Danish dengan sebuah syarikat agensi berkongsi beberapa momen ketika berada di Tanah Suci Kota Makkah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43 memuat naik sebuah video memaparkan tangannya menyentuh dan mengusap Kaabah dengan penuh rasa syukur.

“Perasaan ini memang tak dapat digambarkan. Saat yang selalu saya doa dan impikan, kini jadi nyata dapat menyentuh Kaabah dengan tangan sendiri untuk kali kedua. Sungguh satu nikmat yang tak terungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah,” katanya.

Berdasarkan IGs lain pula, Nora mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kesihatan serta mendapat Umrah yang mabrur.

Sebelum ini, Nora mengakui antara cabaran yang perlu dilaluinya sepanjang berusaha untuk istaqamah adalah ‘membayar’ semula solat fardhu yang telah ditinggalkannya sebelum ini terutama ketika di zaman remaja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pernah Menangis Gara-Gara Penat, Nora Danish Tetap Gigih Qada Solat Fardhu – “Lama-Lama Okay”

Scroll to Top