Johor Bahru: Operator air Johor, Ranhill SAJ bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung siasatan berkaitan dakwaan tekanan air rendah menjadi punca sebuah syarikat kerugian jutaan ringgit selepas gudangnya di Kluang terbakar pada April lalu.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan kerjasama yang diberikan itu, termasuk penyediaan laporan lengkap bagi membantu siasatan.
Ranhill SAJ menegaskan bahawa pihaknya sentiasa komited dalam memastikan sistem bekalan air terawat berada dalam keadaan optimum.
“Ini termasuk memastikan semua keperluan penting termasuk kemudahan bagi operasi kecemasan berada dalam keadaan baik,” menurut kenyataan itu.
Syarikat itu sentiasa komited memastikan sistem bekalan air terawat berada dalam keadaan optimum.
“Ranhill SAJ menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd