Kebangkitan dramatik iringi Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir Terbuka China

Kebangkitan dramatik iringi Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir Terbuka China
Tang Jie (kiri) dan Ee Wei akan berdepan pasangan tuan rumah dalam aksi suku akhir Terbuka China di Changzhou pada Jumaat. Foto FB BAM.

Tang Jie (kiri) dan Ee Wei akan berdepan pasangan tuan rumah dalam aksi suku akhir Terbuka China di Changzhou pada Jumaat. Foto FB BAM.

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperagakan aksi menakjubkan untuk melangkah ke suku akhir Terbuka China sebentar tadi.

Pasangan nombor empat dunia itu bangkit mengatasi pasangan tuan rumah, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying secara straight set pada pertemuan pusingan kedua di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou.

Tang Jie-Ee Wei dilihat hampir tewas pada set pertama apabila ketinggalan 14-20 di tangan pasangan lawan yang berada di kedudukan ke-39 dunia.

Mereka bagaimanapun bangkit meraih lapan mata berturut-turut dalam aksi dramatik untuk menang 22-20.

Momentum positif tersebut diteruskan pada set kedua sebelum mengesahkan kemenangan 21-17 dalam masa 35 minit permainan.

Pasangan tuan rumah yang berstatus kesembilan dunia, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui bakal menjadi lawan Tang Jie-Ee Wei dalam aksi suku akhir pada Jumaat.

Scroll to Top