Kebangkitan dramatik Wales digagalkan De Bruyne

Kebangkitan dramatik Wales digagalkan De Bruyne
De Bruyne buat Wales putih mata di Belgium. Foto: Agensi

De Bruyne buat Wales putih mata di Belgium. Foto: Agensi

WALES mempamerkan aksi sensasi apabila bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk menyamakan kedudukan menentang Belgium di Stade Roi Baudouin, Brussels.

Namun, Kevin De Bruyne muncul sebagai wira The Red Devils apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memberikan kekalahan dramatik 4-3 kepada skuad bimbingan Craig Bellamy.

Kekalahan ini menyaksikan Wales tergelincir daripada puncak Kumpulan J Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pasukan tuan rumah yang beraksi dengan bebas dan rancak mendahului 3-0 seawal minit ke-27. Romelu Lukaku membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti sebelum Youri Tielemans menyempurnakan gerakan berpasukan yang kemas dengan penuh bergaya.

Jeremy Doku kemudiannya melakukan gerakan lincah sebelum melepaskan rembatan ke sudut bawah gawang untuk gol ketiga Belgium.

Ketika itu, Wales seakan-akan berdepan kekalahan pertama sejak tewas 0-4 kepada Slovakia genap setahun lalu, kekalahan yang mengakibatkan pengendali ketika itu, Rob Page, kehilangan jawatannya.

Kedudukan tiga gol itu membayangkan kekalahan lebih besar mungkin menanti.

Namun, Wales tampil sebagai pasukan yang berbeza di bawah kendalian Bellamy, apabila mereka bangkit cemerlang dalam situasi yang kelihatan suram.

Sepakan penalti Harry Wilson beberapa saat sebelum tamat separuh masa pertama menghidupkan semula semangat The Dragons.

Keyakinan terhadap kebangkitan yang dianggap mustahil mula menyala apabila hantaran silang cemerlang Wilson disudahkan oleh Sorba Thomas untuk gol pertamanya bersama skuad kebangsaan.

Brennan Johnson kemudian menanduk masuk gol penyamaan, mencetuskan sorakan luar biasa dalam kalangan penyokong Wales yang membanjiri tempat lawan.

Namun, ketika penyokong Wales sedang mengimpikan keputusan gemilang menentang pasukan yang pernah mereka tewaskan secara dramatik dalam suku akhir Euro 2016 – terutamanya selepas video bantuan pengadil (VAR) membatalkan gol kedua Lukaku – De Bruyne muncul dan menjaringkan gol kemenangan buat Belgium.

Scroll to Top