suliati@hmetro.com.my
Tahun Baru Cina sentiasa membawa keluarga kembali kepada perkara paling bermakna iaitu rumah, kebersamaan dan permulaan baharu.
Mengambil berkat itu, Eastern & Oriental Berhad (E&O) mengadakan sambutan hujung minggu istimewa ‘Huat Come Home’, baru-baru ini.
Bertemakan ‘kemakmuran menemui jalan pulang’, inisiatif ini bukan sekadar meraikan tuah dan kegembiraan Tahun Baharu Cina, tetapi turut menyentuh impian memiliki kediaman sendiri.
Tema yang sederhana, dekat di hati dan mudah diingati itu juga tidak hanya menyampaikan mesej perayaan yang mesra tetapi selari dengan penjenamaan E&O yang mengutamakan kualiti.
Acara ini juga cukup bermakna kerana menjadi sambutan Tahun Baharu Cina pertama E&O di galeri berkenaan sejak bertapak di lokasi itu.
Lebih istimewa, ‘Huat Come Home’ diadakan serentak dengan pelancaran bandar kediaman baharu iaitu Seri Embun.
Ia sekali gus membawa ‘keceriaan berganda’ kepada pengunjung kerana selain meraikan meriah perayaan, mereka juga berpeluang melihat projek kediaman terbaharu yang berpotensi menjadi rumah masa depan mereka.
Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk persembahan Tarian Singa Akrobatik bersama mercun, gerai permainan bertemakan Tahun Baharu Cina dengan sistem kutipan mata dan penebusan hadiah, ‘Lucky Winner Machine’ yang menawarkan hadiah utama serta wang tunai, bengkel kraf untuk kanak-kanak seperti melukis kipas lakuer, membuat simpulan Cina dan menghasilkan kraf kepala tarian singa.
Juga disediakan pelbagai juadah tradisi seperti gula tarik misai naga, muah chee, gula ketuk (ding ding candy), tanghulu, gula kapas dan bertih jagung, menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat galeri yang menampilkan model skala terperinci bandar Seri Embun dan lawatan ke unit contoh bagi membolehkan mereka merasai sendiri susun atur dan reka bentuk kediaman.
Direka dengan kesejahteraan dan kelestarian sebagai teras, Seri Embun mencerminkan aspirasi E&O dalam membangunkan kejiranan mesra keluarga yang selesa untuk jangka panjang.
Terletak di kawasan berbukit bersebelahan hutan simpan kekal seluas 2,700 ekar, pembangunan itu menawarkan suasana alam semula jadi, lengkap dengan rumah kelab eksklusif dan pelbagai kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, laman yoga, surau dan jakuzi.
Seri Embun turut menampilkan kebun herba, gelanggang refleksologi, taman linear serta laluan larian yang menggalakkan gaya hidup aktif.
Pengarah Urusan Eastern & Oriental Berhad, Kok Tuck Cheong berkata Seri Embun mencerminkan tumpuan yang dirancang terhadap kediaman selesa jangka panjang.
“Dalam pembangunan kediaman hari ini, nilai yang benar-benar sukar ditemui terletak pada elemen yang tidak boleh dicipta semula seperti ketinggian, kehijauan kekal dan skala yang membolehkan perancangan komuniti yang tulen.
“Seri Embun menghimpunkan semua ini dengan cara menyokong nilai jangka panjang dan bukan sekadar trend sementara,” katanya.
Melalui ‘Huat Come Home’, E&O bukan sekadar menganjurkan sambutan perayaan, tetapi mengajak orang ramai membayangkan fasa baharu kehidupan dalam komuniti yang direka untuk berkembang bersama penghuninya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.easternandoriental.com.
© New Straits Times Press (M) Bhd




