Belum cukup seminggu umat Islam menyambut puasa, segelintir pelanggan bazar Ramadan mengeluh mengenai harga makanan dijual yang dikatakan mahal dan tidak berbaloi dengan kuantiti dan kelazatan.
Selain peniaga bazar, tukang masak popular Chef Ammar Ali juga tidak terkecuali dikritik netizen apabila mereka menyifatkan harga makanan dijual seperti ‘cekik darah’ yang tidak mampu dibeli oleh semua orang.
Seorang pengguna aplikasi TikTok, @momomqms berkongsi beberapa video memaparkan chef yang berasal dari Palestin itu meluahkan rasa kecewa dipercayai ketika melakukan sesi TikTok Live baru-baru ini.
@momomqms Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok
Chef Ammar menjelaskan, semua bahan digunakan untuk memasak adalah berkualiti tinggi selain cara penyediaan agak rumit sekali gus dapat memastikan kebersihan serta kepuasan hati dalam kalangan pelanggan.
@momomqms Reply to @basitbroga5039
Tidak cukup dengan itu, dia juga cuba menyakinkan pengikut dengan menunjukkan secara terperinci bahan serta kandungan digunakan dalam masakan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan pendapat bahawa pilihan terletak di tangan masing-masing. Sekiranya harga berbaloi dengan rasa, tidak salah untuk mencuba.
Ini kerana Chef Ammar sudah mempunyai pengalaman dalam bidang masakan dan perhotelan selama berpuluh tahun, jadi memang ‘standard’ bagi harga yang ditetapkan.
@momomqms Reply to @bondabaim





Untuk makluman, air tangan Chef Ammar terkenal dengan masakan Nasi Arab, Lamb Shank Mandy, Ayam Ros Kabsah dan banyak lagi dimana pernah tular pelanggan yang sanggup beratur panjang di bazar Stadium Shah Alam.
Sumber: TikTok @momomqms




