Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Perak diwarnai insiden mengejutkan apabila seorang wanita berusia 41 tahun tiba-tiba berlari naik ke pentas utama untuk mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku sekitar jam 8.20 pagi, sekali gus mencetuskan suasana panik di kalangan tetamu dan pegawai keselamatan yang bertugas.
Ditahan anggota keselamatan

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, wanita tersebut masuk melalui bahagian tepi pentas sebelum sempat ditahan anggota keselamatan.
Wanita itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod kes dadah.
Wanita ada rekod psikiatri dan dalam pengawasan pakar

Polis turut mendedahkan wanita terbabit pernah mendapat rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar kesihatan mental.
Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 325 dan 511 Kanun Keseksaan.
Pssttt! Kesihatan mental adalah isu serius yang tak boleh dipandang ringan. Jika ada ahli keluarga atau kenalan alami masalah sebegini, bantulah mereka dapatkan rawatan lebih awal sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




