Kedah cadang rondaan sempadan bersama ATM dan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kedah: Kerajaan Kedah mencadangkan agar rondaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di  sempadan Malaysia-Thailand.
Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan itu bagi mengetatkan kawalan sempadan Kedah terutamanya 15 (kilometer) km yang tidak berpagar.
Beliau berkata, pihaknya peka dengan keselamatan sempadan dan memahami kemampuan kerajaan Persekutuan untuk memasang pagar di 700 km sempadan Malaysia Thailand di Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak yang memerlukan kos tinggi.
“Saya difahamkan, sempadan Kedah dikawal tentera namun dengan kuasa terbatas dan mereka tidak boleh menahan individu yang melintasi di kawasan tersebut selagi tidak diisytiharkan sebagai musuh.
“Saya berpendapat jika ada rondaan bersama polis, ia akan mengetatkan lagi kawalan kerana PDRM mempunyai autoriti untuk menahan individu melintas sempadan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.
Bagaimanapun, Muhammad Sanusi berkata, beliau sentiasa yakin memberi kepercayaan kepada anggota keselamatan menjaga dan mengawal sempadan negara.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi menzahirkan ucapan takziah kepada anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia, mendiang Koperal Baharuddin Ramli dalam insiden pertempuran dengan penjenayah di sempadan Malaysia Thailand di Padang Besar, Perlis, semalam.
“Sama- sama kita doakan agar seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari yang dilaporkan cedera parah dalam insiden itu segera sembuh dan dapat terus berkhidmat mempertahankan kesejahteraan serta kedaulatan tanah air,” katanya.

ZA137 Malay News
National Desk