Kedai Kopi Penyanyi Didakwa Ciplak Jenama Lain, Asfan Shah Tampil Bersuara | Trending – Oh! Media

Kedai Kopi Penyanyi Didakwa Ciplak Jenama Lain, Asfan Shah Tampil Bersuara | Trending – Oh! Media

Trending

Asfan Shah tampil nafi dakwaan Juz Coffee tiru jenama lain, jelaskan maksud sebenar nama dan dedah keunikan kopi premium mereka.


Penyanyi dan komposer, Asfan Shah tampil menafikan dakwaan kononnya jenama kopi miliknya, Juz Coffee meniru atau menciplak jenama kopi lain seperti yang hangat diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Menerusi Instagram, Asfan menjelaskan bahawa isu tersebut sebenarnya berpunca daripada salah faham terhadap nama dan maksdu jenama berkenaan.

Kecoh juga dekat media sosial dan rasa ramai salah faham, Juz itu bukan disebut jus, sebaliknya jaz. Ia datang daripada idea asal Just Coffee yang membawa maksud ‘hanya kopi’.

Tambahnya lagi, penjenamaan itu diringkaskan bagi menepati selera pasaran semasa.

Untuk jadikan jenama ini lebih urban dan komersial, kami ringkaskan kepada Juz Coffee supaya lebih dekat dengan penggunaan bahasa harian.

Jenama dilindungi sepenuhnya dari segi undang-undang

Ohmedia asfan Shah 3

Sebagai pengasas bersama, Asfan menegaskan beliau langsung tidak bimbang dengan dakwaan berkenaan kerana Juz Coffee telah berdaftar dan dilindungi sepenuhnya di bawah hak milik intelek.

Dari segi undang-undang, kami tidak ada masalah kerana semuanya sudah berdaftar dan lulus. Kalau orang nak cakap meniru, itu hak masing-masing dan bersifat subjektif.

Isu ‘tiru’ bukan pertama Asfan Shah

Asfan Shah 4

Asfan turut mengakui, tuduhan sebegini bukanlah perkara baharu buat dirinya, malah sering berlaku dalam dunia muzik yang diceburinya sebelum ini.

Macam dalam muzik juga, orang akan kata ini tiru itu tiru. Tapi yang penting hala tuju dan niat kami jelas. Kami nak buka sebuah kedai kopi yang mesra keluarga dan komuniti.

Mengulas lanjut, Asfan berkata kualiti bahan premium menjadi keutamaan Juz Coffee bagi membezakan jenama itu dengan yang lain di pasaran.

Asfan Shah 5

Kami guna biji kopi yang di-custom roast sendiri dan hanya ada di Juz Coffee. Ada dua pilihan biji kopi, satu light dan satu lagi strong, jadi pelanggan boleh pilih ikut cita rasa.

Dalam perkembangan sama, Juz Coffee bakal melancarkan cawangan pertamanya secara rasmi di Seksyen 13, Shah Alam pada Sabtu, 7 Februari 2026 dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang.

Majlis pelancaran itu turut akan dirasmikan oleh Asfan Shah bersama pengasas Irfan serta Menteri Besar Selangor.

Pssttt! Dalam dunia perniagaan, persepsi boleh jadi liar di media sosial. Nilai sesuatu jenama berdasarkan fakta dan kualiti, bukan sekadar andaian atau kecaman semata-mata.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top