Orang selalu kata, “Untuk tahu kebaikan seseorang, dengarlah apa orang lain kata”, kata-kata ini seringkali mencerminkan tindakan dan perlakuan individu dalam kehidupan seharian.
Dalam kes perceraian pasangan selebriti semalam, Fazura mendedahkan Fattah Amin telah berlaku curang terhadapnya dan ini adalah salah satu punca dia menuntut perceraian. Namun, Fattah menafikan tuduhan bekas isterinya itu.
Ramai terkejut dengan tuduhan tersebut dan mempersoalkan keputusan Fazura untuk mendedahkan aib rumah tangganya kepada umum, walaupun mereka sebelum ini bersepakat untuk tidak berbuat demikian selepas bercerai.
Rakan artis, Keena Wahab juga berkongsi pandangannya tentang Fattah…
Fattah yang saya kenal selama bekerja dengan dia, dia seorang pendiam. Dekat set, dia buat hal dia sahaja, makan bersama krew dan bukan kaki ‘merewang’, bukan kaki ‘perempuan’.
Masakan dia nak berlaku curang? Pemalu budak Fattah ni. Orangnya tak lokek, selalu belanja krew.

Dalam pada itu, Keena turut berkongsi apa yang dilakukan Fattah setiap kali habis pengambaran drama.
BACA: Fattah Amin Nafi Semua Dikatakan Fazura, Langgar Perjanjian Yang Telah Dibuat
Selepas habis beberapa drama, dia sibuk menjadi brand ambassador. Bukan jenis bermain cinta. Peminat wanita punyalah ramai tetapi dia bukan jenis ‘melayan’. Jadi, kamu percaya dia curang?
Dia sangat menghormati orang dan berasal dari keluarga baik-baik, bukan jenis bercerita tentang hal orang di set. Tak pernah di biir mengumpat hal orang lain. Kamu nilailah Fattah ini macam mana.
Tidak cukup dengan itu, Keena turut menggelar Fattah sebagai budak skema…
Saya panggil dia budak skema sebab dia menunduk apabila berjumpa dengan orang, salam dan menghormati orang. Penuh dengan senyuman. Bagus ajaran mak bapak dalam mendidiknya.- Katanya.
Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya mendengar pelbagai pandangan sebelum membuat penilaian tentang seseorang, terutama dalam situasi yang melibatkan tuduhan dan kontroversi.





