“Memang saya tidak boleh nafikan kehadiran Bella buat saya bahagia dan gembira”.
Demikian luahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila ditanya mengenai hubungannya bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.
Kata anak bongsu daripada empat beradik itu, urusan jodoh melibatkan kedua belah keluarga harus dibincangkan secara tertutup.
Meskipun mengakui kehadirian Bella dalam kehidupannya kini membuatkan dia berasa gembira dan bahagia, Syed Saddiq bagaimanapun hanya mengharapkan doa yang terbaik daripada peminat di luar sana.
“Tentang cerita-cerita lain, apa yang berlaku, bila itu saya cuma mohon doa yang baik-baik sahaja kerana saya bukan manusia yang sempurna banyak perlu saya belajar tapi memang saya nak mengikuti apa yang ibu dan ayah saya ada.
“Memang saya tidak boleh nafikan kehadiran Bella buat saya bahagia dan gembira, bahagia tapi perancangan pada masa yang akan datang apabila melibatkan dua buah keluarga perkara sebegini biarlah dibincangkan secara tertutup.
“Apa yang saya boleh minta adalah doa sahaja supaya semua berjalan dengan baik.
“Tipulah kalau saya kata tak fikir tentang nak bina rumah tangga sendiri sebab itu contohnya baru-baru ini apabila parti saya mencadangkan saya untuk menjadi presiden dan saya kata berikan sedikit ruang dan masa kerana saya pun nak ambil masa sedikit untuk diri saya, keluarga yang bila saya dilanda kontroversi mereka juga terpalit sama,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur apabila wajahnya kini menjadi rebutan pelbagai jenama.
“Saya memang dididik dari kecil untuk jadi workaholic, saya bekerja sampai ke hujung minggu tapi tetap bersukan pada awal pagi.
“Saya memang nak menggalakkan rakyat Malaysia untuk pandai cari rezeki, kuat bekerja kerana satu pedoman yang sayad apat daripada Tun Mahathir adalah, kalau nak hidup lama otak kena sentiasa cergas, berfikir, banyak menulis dan juga badan(kesihatan),” jelasnya.
@sabrinabee78 Replying to @hajarabdullah52 Betul nampak muda.. Lucu dia tak paham muka bersepah 😂😂… Oh Yaaa … Saya nak ulas sikit pasal komen dalam live streaming events yang di hadiri BASS.. Ramai fans (Betul ke fans? atau haters? toxic fans?) komen desak2 tanya mana YB mana Bella…. Saya nak ikut marah tapi saya ni tak pernah baca komen masa live 😂😂😂 .. Cuma mungkin saya boleh beri pandangan 20sen saya lah 😂… Korang tak boleh ka jadi macam saya? Live streaming takde BA hanya SS ja pun saya happy, Ada SS ja takde BA pun saya tetap happy.. Takde BASS hanya ada Ayden Ara pun saya tetap happy 😂😂😂 .. Kesian dan simpati saya pada yang tak happy 😂😂..Saya doakan moga kamu happy lah yaa 😂😂😂…. Pastu boleh tak kalau just be happy dengan apa BASS kongsi, Takpayah nak “ini tak boleh itu tak boleh” .. Kita enjoy ja activity update dorang, kecomelan dorang… Saya kadang ada juga terlintas di hati ‘eh kenapa BASS tak buat gini atau gitu ya?’ tapi dia duduk dalam hati saya je lah gaissss…😂😂 Sambil berdoa.. Kata nak pergi komen kat mana2 atau pun nak p.m tegur ..Bukan apa, kadang malu dengan diri sendiri pulakkkk, masa dia dua orang ni susah dulu batang hidung kau pun tak nampak… bila dia dua orang dah senang sikit dan semakin fames, timbul pulak kau tiap hari memberi arahan ini itu… komplen gigi,kuku,rambut,baju hahahahhahaa adui Sabrina Bee sedar diri sikit 😆😆😆… Tidak payah memandai2″ ….. Aaa lebih kurang gitu la saya bermonolog dengan diri saya… kamu tiada perasaan begitu ka? maaf saja tanya 😆😆😆!! Btw TQ HaiSelebriti. TQ Angie. TQ Izahadam. TQ IJL Grace! ❤️🎀✨🫰 #bellaastillah #syedsaddiq #motivation #sabrinabee ♬ original sound – 🤍ᔑᗩᗷᖇᏆᑎᗩ ᗷᗴᗴ🤍