Penyanyi dan pelakon jelita, Bella Astillah mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia menjadi ibu tunggal kepada dua cahaya matanya.
Ketika ditemui XTRA, Bella mengakui tidak mengambil tahu sebarang perkembangan berkenaan bekas suaminya, Aliff Aziz, namun begitu tetap mendoakan yang terbaik untuk aktor berkenaan.
“Saya lebih tenang alhamdulillah. Saya gembira dia ada kehodupan dia dan saya tidak mendoakan yang tidak baik. Kita pun manusia, kita sendiri nak minta orang doakan yang terbaik jadi lebih baik saya mendoakan yang terbaik dan semoga saya pun boleh menjalani kehidupan yang baik dengan anak-anak saya.
“Saya nak membantu diri saya untuk ‘heal’ jadi saya tidak ‘stalk’ dan saya tidak tahu apa-apa perkembangan mengenai dia atau keluarga dia. Saya hanya mendoakan yang terbaik buat dia dan keluarga dia.
“Saya tidak cakap yang pihak sana tiada usaha tapi sebenarnya saya bersetuju dengan tindakannya sekarang. Saya tidak marah dan saya rasa adalah lebih baik kita menjalani kehidupan masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Bella yang baru sahaja melancarkan lagu single baharu berjudul Tapi Bukan Denganmu ini yakin pintu hatinya akan terbuka kembali untuk meneruskan kehidupan baharu.
“Nak ‘move on’ tak senang sebab hubungan kami selama 12 tahun itu tak mudah, tapi saya percaya lambat laun pasti saya boleh ‘move on’.
“Ia tak mudah tapi dengan adanya anak-anak dan keluarga, saya percaya masa itu akan tiba juga,” katanya.
Terdahulu, Bella memaklumkan bekas suaminya sudah lama tidak menghubungi anak-anaknya, Ayden dan Ara semenjak berpisah.
Untuk rekod, Bella pernah berkahwin dengan penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Namun, Bella sah bercerai dengan Aliff di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu.
Artikel Berkaitan: “Saya Tak Kisah, Lebih Baik Begini” – Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tak Ada Hubungi… Anak-Anak Pun Tidak Mencari




