Kehidupan sihat dengan tilam berkualiti

Kehidupan sihat dengan tilam berkualiti

mahaizura@mediaprima.com.my

Dalam dunia serba pantas hari ini, ramai mengabaikan kepentingan tidur berkualiti. Hakikatnya, tidur yang cukup dan selesa adalah asas kepada kesihatan tubuh serta ketenangan minda.

Justeru, pemilihan tilam dan kelengkapan tidur yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi pelaburan jangka panjang untuk kesejahteraan diri.

Bagi Harvey Norman, tidur bukan sekadar aktiviti rutin ia satu pengalaman. Dengan ruang pameran luas, suasana selesa dan rangkaian produk antarabangsa serta tempatan, Harvey Norman kini menjadi destinasi utama bagi mereka yang mahu menaik taraf kualiti tidur dan gaya hidup.

Antara tarikan baharu yang semakin mendapat perhatian ialah katil boleh laras (adjustable bed), teknologi tidur moden yang kini menjadi pilihan bukan sahaja warga emas, malah generasi muda.

Katil jenis ini membolehkan pengguna melaras kedudukan kepala dan kaki mengikut keselesaan tubuh.

Jika dahulu, ia dikaitkan dengan penggunaan hospital, kini reka bentuknya jauh lebih moden, minimalis dan sesuai untuk kediaman bergaya kontemporari.

Trend ini turut berkembang susulan perubahan gaya hidup selepas pandemik, apabila ramai bekerja dari rumah dan menjadikan bilik tidur sebagai ruang pelbagai fungsi iaitu tempat tidur, berehat dan bekerja.

Dari segi kesihatan, ia membantu melegakan sakit belakang, artritis, dan sciatica. Posisi kepala tinggi boleh mengurangkan refluks asid, berdengkur dan masalah pernafasan ketika tidur manakala posisi kaki tinggi membantu melancarkan peredaran darah.

Ciri-ciri lain turut menambah nilai keselesaan antaranya mod ‘zero gravity’ yang memberi sensasi terapung dan mengurangkan tekanan sendi, sistem hidraulik senyap yang mudah dikawal serta fungsi memori untuk menyimpan posisi tidur kegemaran pengguna.

Menariknya, mekanisme katil ini diperbuat dari Jerman dengan jaminan dua tahun bagi sistem mekanisme dan lima tahun bagi rangka.

Ia turut disertakan bantal memori serta alat kawalan jauh sekali gus menjadikannya sesuai untuk semua lapisan usia termasuk ibu bersalin dan pesakit pasca pembedahan.

Harvey Norman juga menekankan kepentingan keserasian antara tilam dan rangka.

Hanya tilam tertentu sesuai digunakan bersama katil boleh laras seperti ‘Flex Mattress’ (Single & Super Single) serta koleksi ‘Musterring Flexi Series’ dari Jerman yang terkenal dengan rekaan ergonomik dan ketahanan tinggi.

Pelanggan boleh meneroka dan merasai sendiri pengalaman katil boleh laras di cawangan Harvey Norman termasuk di Mid Valley Megamall Flagship, Menara Harvey Norman, IPC Shopping Centre, IOI City Mall, 1 Utama dan lokasi-lokasi lain di seluruh negara.

Selain teknologi katil, Harvey Norman turut menawarkan pilihan tilam terbaik menyeluruh daripada jenama antarabangsa seperti ‘Sealy’, ‘Serta’, ‘Hilker’, ‘Napure’, ‘Van Vorst’ dan ‘Musterring’ yang setiap satunya membawa inovasi tersendiri dalam teknologi tidur.

Bagi mereka yang gemar menata ruang bilik tidur, Harvey Norman juga memperkenalkan konsep ‘Mix & Match Bed Frames’ yang menampilkan pilihan puluhan rekaan, warna dan bahan untuk disesuaikan dengan tema moden, Scandinavia mahupun klasik elegan.

Koleksi fabrik buluh asli daripada cadar dan sarung duvet hingga pelindung bantal menjadi pilihan ramai kerana kelembutannya serta ciri mesra alam. Ia membantu mengawal suhu badan agar kekal sejuk dan kering sepanjang malam yang sangat sesuai dengan iklim tropika Malaysia.

Tidak cukup dengan produk berkualiti, Harvey Norman turut menawarkan khidmat pakar profesional yang sedia membantu pelanggan memilih tilam paling sesuai berdasarkan keperluan tubuh, gaya tidur dan tahap ketegasan yang diingini.

Menariknya, pelanggan boleh mencuba ‘Mesin Smart Assessment AI BedMatch’, teknologi kepintaran buatan yang menganalisis postur, tekanan dan tabiat tidur untuk mencadangkan tilam paling ideal secara saintifik.

Harvey Norman turut memperkenalkan ‘Happy Sleep 30-Day Trial’, membolehkan pelanggan mencuba tilam selama 30 hari dan menukarnya jika tidak puas hati.

Pelan ansuran tanpa faedah sehingga 60 bulan juga disediakan bagi memudahkan pelanggan menaik taraf bilik tidur tanpa tekanan kewangan.

Bagi mereka yang ingin menukar tilam lama, promosi ‘Bedding Trade-In Offer’ turut memberi potongan 40 peratus semua kelengkapan bilik tidur serta diskaun tambahan 20 peratus bagi tilam baharu, potongan ekstra 20 peratus apabila anda menukar beli tilam lama anda dan tilam lama akan dilupuskan secara percuma Tawaran ini sah sehingga 3 Disember 2025.

Sempena musim cuti hujung tahun ini juga, Harvey Norman menawarkan promosi ‘Cozy Comforts for the Holidays’ bermula 4 hingga 31 Disember ini dengan diskaun sehingga 40 peratus kelengkapan bilik tidur, rebat segera RM388 bagi setiap perbelanjaan RM1,000.

Malah, penghantaran percuma ditawarkan dalam jarak 25 kilometer untuk pesanan sebelum 31 Disember 2025.

Untuk maklumat lanjut, layari www.harveynorman.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Harvey Norman di seluruh negara untuk merasai sendiri keselesaan yang mengubah cara anda berehat.

Ikuti Harvey Norman Malaysia di media sosial untuk tawaran terkini, info produk dan acara eksklusif.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top