Pelakon Diana Danielle mengakui kehilangan bapanya serta mendapat tahu ibunya menghidap kanser ketika dia berusia 12 tahun antara pengalaman perit dilaluinya.
Bagaimanapun, Diana berkata baginya kehilangan rumah tangga bukanlah titik terendah dalam hidupnya sebaliknya kehilangan sahabat baik dalam perkahwinan baginya perit.
BACA: “Kalau Aku Nak Tangkap Lelaki Kaya, Dah Lama” – Diana Danielle
“Kehilangan bapa saya adalah salah satu daripadanya. Masa dapat tahu ibu saya ada kanser ketika saya berusia 12 tahun juga perit.
“Kehilangan rumah tangga bukan titik terendah dalam hidup saya. Kehilangan sahabat baik dalam perkahwinan saya itu titik terendah dalam hidup saya,” katanya.
Dilihat tidak dapat menahan sebak, Diana berkata mereka perlu menerima hakikat bahawa sudah tidak lagi berjalan seiringan.
“Menerima hakikat mungkin kita bukanlah… kita dah tak seiring dan sejalan,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen membuat andaian ‘sahabat baik’ yang dimaksudkan adalah bekas suaminya iaitu Farid Kamil.
