Kejohanan Pahlawan Millefleur 2025 bakal gegarkan KL

Kejohanan Pahlawan Millefleur 2025 bakal gegarkan KL
Penganjuran Pahlawan Millefleur Bola Sepak 9 Sebelah 2025, dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Jun 2025.

Penganjuran Pahlawan Millefleur Bola Sepak 9 Sebelah 2025, dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Jun 2025.

KUALA LUMPUR – Dunia bola sepak amatur tempatan bakal digegarkan dengan penganjuran Pahlawan Millefleur Bola Sepak 9 Sebelah 2025, sebuah kejohanan penuh aksi yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari, bermula 13 hingga 15 Jun 2025 di beberapa padang utama sekitar ibu negara.

Kejohanan julung kali ini dianjurkan oleh Golden Millefleur Sdn Bhd bersama Kelab Pahlawan, turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysiaserta beberapa agensi lain.

Objektif utama penganjuran adalah untuk memupuk semangat kesukanan, perpaduan, gaya hidup sihat dan secara tidak langsung merancakkan industri pelancongan sukan di Malaysia.

Kejohanan ini menawarkan ganjaran keseluruhan lebih RM30,000 dalam bentuk wang tunai, di mana johan akan membawa pulang RM10,000 berserta trofi dan medal. Manakala naib johan: RM8,000 serta medal dan pasukan tempat ketiga: RM6,000 serta medal. Tempat keempat juga akan menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan medal

Turut ditawarkan, anugerah khas individu dan pasukan iaitu Pemain Terbaik, Penjaring Gol Terbanyak serta Pasukan Fair Play dan semua pemenang bakal menerima hadiah wang tunai.

Pertandingan akan berlangsung di lokasi-lokasi berikut: Padang A, PULAPOL KL, Padang B, PULAPOL KL, Padang Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Stadium Mini Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru.

Lebih menarik lagi pihak penganjur juga menyediakan cabutan bertuah gempak dengan nilai keseluruhan hadiah lebih RM100,000!

Pastinya para penonton berpeluang untuk menang hadiah utama sebuah Perodua Axia di samping sebuah motosikal dan dua buah basikal lagi boleh dimenangi. Malah terdapat juga pelbagai barangan eksklusif daripada Millefleur untuk dibawa pulang.

Setiap pembelian produk Millefleur bernilai RM160 melayakkan pembeli menerima 1 kupon cabutan

bertuah.

Untuk maklumat lanjut boleh layari: https://www.facebook.com/pahlawan.championship

 

Scroll to Top