Kejuaraan Dunia: Bukan pengakhiran sempurna V Shem-Wee Kiong

Kejuaraan Dunia: Bukan pengakhiran sempurna V Shem-Wee Kiong

IMPIAN pemenang pingat perak beregu lelaki Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk melakar kemenangan terakhir sebagai pasangan dalam Kejuaraan Dunia musnah apabila tewas kepada pemain China, He Ji Ting-Tan Qiang dalam perlawanan peringkat suku akhir di Huelva, Sepanyol, awal pagi Sabtu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Palacio de los Deportes Carolina Marin, beregu profesional pilihan ke-10 itu gagal mempamerkan kehebatan mereka pada set pembukaan selepas mengalami kekalahan tipis 20-22 sebelum pasangan China itu menoktahkan perlawanan dengan memenangi 21-14 dalam perlawanan seterusnya.

Beregu ranking 14 dunia itu, yang mengumumkan perpisahan selepas bermain bersama sebagai pasangan selama tujuh tahun pada Ogos, menukar fikiran sebulan kemudian dan bersetuju untuk menyertai pusingan akhir di Sepanyol, selepas berada dalam kelompok 48 pasangan berdasarkan senarai kelayakan yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

V Shem yang berusia 32 tahun, kini bergandingan dengan pasangan baharunya Low Juan Seen manakala Wee Kiong, 32, memilih Tan Kian Meng sebagai gandingannya.

Bagaimanapun, satu-satunya harapan Malaysia kini beralih kepada beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang melakukan kejutan besar apabila mereka menumbangkan Juara Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan 12-21, 21-17, 21-15.

AKAN MENYUSUL

Scroll to Top