
City berisiko kehilangan kejuaraan EPL yang telah dimenangi mereka.
BEKAS pemain Manchester City, Shaun Wright-Phillips mengkritik kemungkinan bekas kelabnya itu bakal kehilangan semua trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi sekiranya didapati bersalah melanggar Financial Fair Play (FFP).
Sebelum ini, Everton telah ditolak 10 mata minggu lalu kerana peraturan FFP dan terdapat kemungkinan The Citizens mengalami nasib sama selain berpotensi kehilangan kejuaraan EPL yang telah dimenangi mereka.
Potongan mata kekal sebagai keputusan yang mungkin berlaku dan Wright-Phillips menegaskan kejuaraan City seharusnya tidak ditarik balik.
“Saya rasa tidak adil untuk Manchester City dilucutkan mana-mana kejuaraan mereka sebelum ini sekiranya mereka didapati bersalah atas mana-mana pertuduhan terhadap mereka.