Kejutan ‘birthday’ buat suami, Anzalna Nasir mohon doa istiqomah berhijab

Kejutan ‘birthday’ buat suami, Anzalna Nasir mohon doa istiqomah berhijab

Lama tidak mendengar khabar pelakon cantik, Anzalna Nasir yang dilihat kini sibuk menguruskan keluarganya selepas kehadiran anak pertama.

Namun begitu, Anzalna tetap tidak lokek berkongsi aktiviti harian di media sosial miliknya untuk tatapan buat para peminat.

Dalam posting terbaru pelakon tersebut, dia telah menyambut hari ulang tahun suami tersayang Hanif Zaki bersama ahli keluarga.

Dia juga memberikan ucapan yang cukup romantis buat suaminya dan sempat memaklumkan akan ada banyak kejutan buat Hanif.

Oleh itu, dalam satu lagi perkongsian, Anzalna telah membuat kejutan buat suami apabila tampil berhijab. Hanif yang dilihat terkejut dengan penampilan terkini isterinya terus memeluk dan mencium pelakon tersebut bersama anak mereka.

Menerusi posting tersebut, Anzalna telah menulis kapsyen ringkas dengan berharap agar penampilannya terus istiqomah dan sekali lagi mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya.

Sememangnya, perubahan yang dibawa oleh Anzalna merupakan hadiah cukup istimewa untuk Hanif.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata kenalan dan juga warganet telah mengucapkan syukur apabila melihat pelakon drama Dendam Aurora itu kini berhijab.

Mereka turut memuji penampilan Anzalna yang dilihat kian berseri serta sempat mengucapkan selamat hari lahir buat Hanif.

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Scroll to Top