Kekasaran dalam kotak penalti perkara biasa – Kapten JDT

Kekasaran dalam kotak penalti perkara biasa – Kapten JDT

Jordi Amat – Foto Sinar Harian/Rosli Talib

KAPTEN Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat percaya pengadil membuat keputusan yang tepat dengan tidak mengeluarkannya daripada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 yang menyaksikan kemenangan 3-1 JDT ke atas Terengganu FC di Stadium Nasional di Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Pemain antarabangsa Indonesia itu berkata, kekasarannya terhadap Ivan Mamut di dalam kotak penalti adalah perkara biasa yang sering berlaku dalam banyak perlawanan, bertentangan dengan apa yang dianggap ramai yang beliau sepatutnya dibuang padang kerana menafikan peluang pemain Terengganu itu menjaringkan gol.

Pengadil S Logeswaran hanya melayangkan kad kuning kepada Amat, yang menyaksikan Mamut bangkit untuk menyaringkan gol penyamaan daripada sepakan penalti pada separuh masa pertama.

“Memang benar kad kuning, itu perkara biasa, bola sepak ada banyak aksi, 50-50. Saya tahu Terengganu meminta itu (kad merah)… ia adalah perlawanan akhir jadi kamu perlu bermain 100 peratus atau lebih,” kata pemain pertahanan berusia 31 tahun itu ketika ditemui selepas perlawanan.

Scroll to Top