Kekayaan hakiki

Kekayaan hakiki

Ustaz Kamal menyampaikan kuliah muslimat di Masjid Lama Rantau Perintis Bandar Jengka.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Advertisement

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW baginda bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (selalu merasa cukup).” (HR Bukhari No: 6446 – Status: Hadis Sahih)

Pengajaran:

1. Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak.

2. Kekayaan hakiki seorang Muslim ialah apabila ia memiliki kaya hati (sifat merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki, redha dan tidak tamak).

3. Berapa ramai orang kaya yang memiliki harta namun sentiasa merasa masih kurang. Hatinya tidak merasa puas dengan rezeki yang dianugerah Allah. Ia masih terus mencari apa yang belum diraih. Hatinya masih belum puas dengan apa yang ada. Itu bermakna ia sentiasa miskin kerana ingin mencari dan mencari lagi.

4. An Nawawi berkata: “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah.

Jadilah kita seorang pemilik hati yang sentiasa kaya dengan sifat merasa cukup dengan harta yang dimiliki namun sentiasa merasa miskin dengan amal-amal yang soleh.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

USTAZ KAMAL ASHAARI
Ahli Parlimen Kuala Krau
Mudir KOMTAQ 
6 Januari 2023 / 13 Jamadil Akhir 1444 – HARAKAHDAILY 6/1/2023