Kelahiran Covid, Corona dan Corina – Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Batang Padang – Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar di Sungkai, sibuk menyambut kelahiran spesies terancam di bawah jagaan pusat ini.

Dalam pautan Facebook, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) melaporkan kelahiran pertama dicatatkan pada 8 November di mana seekor Seladang jantan dan Tenggiling jantan dilahirkan.

Menurut laporan itu Seladang jantan, bernama Covid, dilahirkan oleh pasangan November dan Daisy.

Seladang, yang juga dikenali sebagai Bison India, berasal dari Asia Selatan dan Tenggara dan telah disenaraikan sebagai terancam dalam Senarai Merah Species Terancam (IUCN) oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam sejak tahun 1986.

“Covid aktif dan sihat. Pemerhatian berterusan akan dilakukan oleh jabatan untuk memastikan keadaanya yang baik, ” lapor jabatan itu, juga menambah bahawa kelahiran itu adalah inisiatif oleh jabatan untuk melindungi dan mengekalkan kepelbagaian biologi negara untuk generasi akan datang.

Mengenai tenggiling, ianya masih belum dinamakan oleh pihak jabatan, ibu bapanya adalah Gerik dan Balan dan merupakan kelahiran kedua tenggiling dalam kurungan bagi tahun 2020.

Pada bulan Mei, pusat ini menyambut dua tenggiling – Corona dan Corina.

Malay News
Farah Fauzi