Kelantan FC warnai saingan Kejuaraan Liga MBSB Bank 2024/25

Kelantan FC warnai saingan Kejuaraan Liga MBSB Bank 2024/25

BEKAS kelab sensasi tanah air, Kelantan FC kekal di peta bola sepak negara apabila bakal menyahut cabaran dalam kalangan 16 kelab lain bagi saingan Kejuaraan Liga MBSB Bank 2024/25.

Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengesahkan penyertaan The Red Warriors (TRW) dalam saingan liga tahap tiga itu tersebut yang menyingkap tirai pada 1 Jun depan.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan itu disahkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah AFL yang berlangsung secara atas talian.

“Secara rasmi 16 pasukan ini adalah Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC.

“Turut menyahut cabaran adalah Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC,” katanya pada Isnin.

Mesyuarat turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Datuk Kamarudin Haji Hassan, Tuan Syed Yazid Syed Omar dan Datuk Adly Shah Ahmad Tah.

Pada masa sama Mohd Yusoff memaklumkan penarikan diri tiga pasukan saingan musim lalu iaitu SAINS FC, Perlis United FC dan Sarawak United FC.

“Kami menerima penarikan diri tiga pasukan ini kerana mengakui sedang mengalami pelbagai kekangan khususnya dari segi kewangan pasukan,” katanya.

Ditanya mengenai status bekas kelab Liga Super, Kelantan FC dalam saingan M3, Mohd Yusoff berkata, “Kelantan FC telah melengkapkan dokumentasi dalam tempoh yang diberikan dan diterima masuk untuk meneruskan saingan di Kejuaraan Liga MBSB Bank 2024/25 musim ini.

“Mereka juga ditegaskan dalam pada masa sama untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang dihadapi ketika ini,” katanya.

Selain itu, Mohd Yusoff berkata, AFL juga akan menjenamakan semula nama dan logo pertandingan dengan memperkenalkan Liga A1 Semi Pro sebagai nafas baharu kepada Liga M3, Liga A2 (dahulu dikenali sebagai Liga M4) dan Liga A3 Komuniti (dahulu dikenali sebagai Liga M5).

Kejuaraan Liga MBSB Bank 2024/25

1.Armed Forces FC

2.Harini Selangor FT

3.Imigresen FC

4.Malaysian University

5.Melaka FC

6.YPM FC

7.Manjung City FC

8.PIB Shah Alam FC

9.Bukit Tambun FC

10.Machan FC

11.Gombak FA

12.Bunga Raya FC

13.KL Rovers

14.UiTM United

15.Kelantan FC

16.Putrajaya Athletic FC

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28