Kelantan galakan pengusaha turun harga upah tarik orang beli emas musim perayaan

Kelantan galakan pengusaha turun harga upah tarik orang beli emas musim perayaan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menggalakan pengusaha kedai emas menurunkan harga upah menarik orang ramai untuk membeli logam tersebut sepanjang musim perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, pengurangan sejajar dengan pelancaran Bulan Emas Kelantan 2026 yang bermula 1 hingga 31 Mac ini.

Katanya, langkah itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk membantu pengusaha kedai emas di negeri

“Harga emas yang melonjak ketika ini tidak boleh dikurangkan kerana jualan barangan kemas perlu mengikut kadar atau nilai pasaran yang ditetapkan oleh satu badan di peringkat global” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Bulan Emas Kelantan 2026 di sebuah hotel di sini hari ini.

Kamarudin memberitahu, Kelantan merupakan negeri pertama yang memperkenalkan bulan emas kerana barangan kemas sangat sinonim dengan masyarakat di sini.

Katanya, selain pelbagai jenis makanan, perniagaan emas merupakan antara salah satu sektor pelancongan yang melonjakkan ekonomi di Kelantan.

“Setakat ini, kita giat mempromosikan destinasi jualan emas sedia ada di Kelantan seperti Pasar Besar Siti Khadijah, Bazar Tuan Padang dan premis-premis lain yang menjual barangan kemas di Kota Bharu.

“Tahap keselamatan di premis-premis menjual emas di Kelantan juga terjamin sekali gus membantu menarik pelancong ke negeri ini,” ujarnya.-UTUSAN

Scroll to Top