Kelibat ND Lala jadi bualan, seronok beraya bersama keluarga Kazar

Kelibat ND Lala jadi bualan, seronok beraya bersama keluarga Kazar

Berita mengenai perkahwinan penyanyi terkenal 80-an, ND Lala yang juga bapa kepada Shila Amzah buat kali kedua bersama seorang wanita selain menduakan isterinya, Fauziah Sarman mengejutkan ramai.

Malah, anak bongsunya yang juga seorang penyanyi, Syada Amzah turut mendedahkan mereka sekeluarga sudah tidak dapat berhubung dengan bapa mereka selepas selebriti berusia 62 tahun membuat keputusan untuk memilih ‘isteri kedua’ berbanding keluarga sendiri.

Terbaharu, tular beberapa buah video yang turut memaparkan pelatun lagu Buah Hati Dikebas Orang bersama keluarga pelakon veteran, Kazar Saisi di laman TikTok.

Menerusi video dimuat naik semula pengguna dikenali @noraini_basre, kelihatan ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh sedang duduk berborak bersama beberapa rakan yang turut beraya bersama.

@noraini_basre

#InspirasiRaya #selamathariraya #puterisarahliyana #syamsulyusof #irakaza #norainibasre #artismalaysia #binafshasweet #kazasaisi

♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai sehingga meraih pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka berseloroh dengan mengatakan orang yang hilang (ND Lala) sudah ditemui sedang beraya bersama keluarga Kazar Saisi.

Selain itu, ada juga berpendapat adalah patut sekiranya mereka beraya bersama jika dipadankan dengan sejarah ‘hitam’ masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang tercari-cari akan kelibat isteri muda ND Lala selepas isteri pertama Fauziah Sarman mendedahkan wajah di laman Instagram tempoh hari.

Sementara itu, ada juga warganet terlibat akan kelihatan seorang lelaki sedang mencuci pinggan di sinki dengan mengatakan empunya badan itu adalah pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Sumber: TikTok @noraini_basre

Scroll to Top