am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kehadiran pelakon Redza Rosli bersama isterinya, Bella Hanna ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini mencetuskan tanda tanya.
Pelakon drama Akad Tak Dipinta itu dilihat hadir berpakaian kemeja putih dan seluar hitam serta bersongkok, manakala Bella, 30, pula memakai jubah berona merah jambu.
Bagaimanapun, Redza ketika ditemui media enggan memberikan sebarang komen berhubung kehadirannya ke mahkamah.
“Minta maaf ya,” katanya ringkas.
Peguam syarie yang mewakili Redza, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib berkata, dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan demi menghormati anak guamnya.
Terdahulu, Bella pernah menjelaskan salah faham yang timbul susulan foto dimuat naik memaparkan dirinya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor pada 2 Julai lalu.
Dalam temubual media sebelum ini, Bella memaklumkan orang ramai tidak seharusnya terburu-buru membuat andaian hanya berdasarkan satu gambar dikongsi di media sosial.
Pasangan Redza dan Bella mendirikan berkahwin pada 21 Jun 2024. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess yang baru berusia lapan bulan.
© New Straits Times Press (M) Bhd

