Seremban: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi ahli keluarganya sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Norhisham Mustapar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Norizan Yahya, 50, pada 8.46 pagi tadi oleh kakaknya, dengan kali terakhir dilihat pada 7.30 pagi semalam.
“Kali terakhir dia berhubung dengan keluarganya pada 4.44 petang semalam, mengatakan berada di Seremban untuk mencari kerja sebelum kemudiannya tidak lagi dapat dihubungi.
“Wanita itu beralamat terakhir di Kampung Indah, Bahau dengan berketinggian 150 sentimeter dan berat 70 kilogram, kali terakhir dilihat memakai blaus ungu, seluar hitam dan tudung hijau muda serta membawa beg coklat ‘Eco Shop’,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemukan wanita tersebut boleh menghubungi Balai Polis Bahau menerusi talian 06-4541222 atau Ketua Balai Polis Bahau Inspektor Annas Fikri Othman menerusi talian 013-6219196.
© New Straits Times Press (M) Bhd




