am@hmetro.com.my
Narathiwat: “Malam tadi kami sekeluarga mengadakan solat hajat dan tidak mampu untuk tidur kerana berdebar memikirkan keputusan hari ini.”
Demikian luahan ahli keluarga kepada Eda Ezrin dan suaminya yang ditemui di luar Mahkamah Wilayah Narathiwat, di sini, hari ini.
Beliau yang berusia 50-an dan enggan dikenali itu turut berharap keputusan yang akan diumumkan hari ini akan memihak kepada mereka.
“Allah sahaja yang tahu keadaan kami sekeluarga yang berdebar menunggu keputusan hari ini.
“Pagi tadi selepas Subuh kami terus bergerak datang ke Narathiwat, Thailand bagi menunggu keputusan yang akan diumumkan nanti,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, nasib penyanyi dikir barat moden Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail dan suami serta empat rakannya akan ditentukan hari ini di Mahkamah Wilayah Narathiwat.
Ia membabitkan dua pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di pekan Sungai Golok pada 1 November tahun lalu.
Manakala dua daripada mereka berdepan tiga pertuduhan termasuk memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah
© New Straits Times Press (M) Bhd




