Penceramah motivasi, Amin Idris berkata pendidikan bermula dari rumah dan ibu ibu bapa yang bertanggungjawab dalam membentuk keperibadian mereka.
Bagaimanapun, Amin berkata berlaku situasi apabila ibu bapa dipanggil kerana anak melakukan kesalahan ada yang tidak hadir atau bersikap defensif.
BACA: Stesen TV Berhak Tarik Semula Gelaran Da’i – Amin Idris

Sementara itu, Amin berkata ada yang mahu kembalikan hukuman rotan di sekolah namun apabila guru memberi teguran anak tidak siapkan kerja sekolah ada ibu bapa yang merentan.
“Pendidikan bermula di rumah. Banyak kes bila anak buat salah, ibubapa dipanggil. Respon ibubapa samada tak datang langsung atua defensif kepada anak yang buat salah.
“Bila ada audacity tuntut kembalikan rotan? Guru tegur anak tak siap homework pun merentan dalam group WhatsApp, siap ugut SISPAA!
“Yes sekolah kena jadi tempat selamat, yes menteri pun ada peranan. Tapi ibubapa? Harapnya bila kes bawah umur, budak mungkin terlepas tapi ibu bapa mesti dipertanggungjawabkan,” katanya.




