“Kembar ke?” – Tular gambar mirip tentera Zionis, Naim Daniel beri penjelasan

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Sedang umat Islam hangat membicarakan tentang isu Palestin yang diserang tentera Israel, tular pula foto seorang penyanyi dan pelakon Naim Daniel di laman sosial mengenakan pakain tentera zionis Israel.

Bagi menjelaskan tentang kekeliruan itu, Naim Daniel memuat naik foto berkenaan di laman Instagram miliknya.

Dalam gambar tersebut, kelihatan seorang lelaki memiliki raut wajah mirip pelantun lagu Purnama itu sedang memegang senapang dan keadaan bahagian bawah badan yang mengaibkan.

Namun begitu, penyanyi berusia 24 tahun itu menafikan dirinya adalah individu dalam gambar itu.

“Selamat Hari Raya, bagi yang ada kemusykilan di Twitter semalam, INI BUKAN SAYA. Saya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti ekstremis rejim zionis. Stay safe everyone,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti berkongsi pelbagai reaksi ke atas gambar itu. Malah, ibunya Nora Taherah turut meninggalkan komen pada gambar berkenaan.

Ingatkan orang yang sama, memang nampak macam kembar! Kesian Naim.

Sumber: Instagram Naim Daniel