Kementerian Pertahanan Indonesia, TNI sedia jadual kerja empat hari kurangkan guna bahan api

Kementerian Pertahanan Indonesia, TNI sedia jadual kerja empat hari kurangkan guna bahan api
Kementerian Pertahanan Indonesia, TNI sedia jadual kerja empat hari kurangkan guna bahan api

Kementerian Pertahanan Indonesia dan TNI sedang bersedia untuk mengurangkan minggu bekerja kepada empat hari untuk kecekapan bahan api.

JAKARTA – Kementerian Pertahanan Indonesia dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang bersedia untuk menyelaraskan minggu bekerja di kementerian itu daripada lima hari kepada empat hari sebagai sebahagian daripada langkah kecekapan bahan api bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan minyak global terhadap kestabilan tenaga nasional.

Ketua Biro Maklumat Kementerian Pertahanan, Brig Jen Rico Ricardo Sirait berkata, langkah itu disediakan selaras dengan seruan Presiden Prabowo Subianto untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan mengelakkan potensi krisis tenaga nasional susulan ketegangan di Asia Barat.

Menurut Agensi Berita ANTARA, beliau berkata, pengurangan minggu bekerja itu akan melibatkan unit tertentu serta mengehadkan penggunaan kenderaan rasmi dan pengangkutan pengantara kakitangan.

“Langkah-langkah ini tidak menandakan keadaan kecemasan tetapi menunjukkan kesiapsiagaan serta disiplin kedua-dua badan keselamatan negara dalam menguruskan sumber dan aset strategik mereka secara optimum,” katanya.

Kerajaan Indonesia dijangka mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah berkenaan termasuk pengaturan bekerja dari rumah (BDR) selepas cuti Aidilfitri sebagai maklum balas terhadap konflik yang sedang berlaku.

Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa berkata, anggaran awal mencadangkan dasar itu dapat mengurangkan penggunaan bahan api sekitar 20 peratus, di samping mengekalkan produktiviti dan berpotensi merangsang pelancongan domestik melalui corak hujung minggu yang lebih panjang. – Bernama

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Kementerian Pertahanan Indonesia dan TNI sedang bersedia untuk mengurangkan minggu bekerja ke empat hari untuk kecekapan bahan api
  • Seruan ini dibuat oleh Presiden Prabowo Subianto untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan mengelak krisis tenaga
  • Langkah ini melibatkan unit tertentu, penghadan penggunaan kenderaan rasmi dan angkutan pengantara kakitangan
  • Langkah-lanagkah ini menunjukkan kesiapsiagaan dan disiplin dalam mengurus sumber dan aset secara optimum
  • Menteri Kewangan mencadangkan dasar ini boleh mengurangkan penggunaan bahan api sekitar 20% dan merangsang pelancongan domestik
Scroll to Top