Kemerosotan pasaran China tidak jejaskan Malaysia

Kemerosotan pasaran China tidak jejaskan Malaysia

PUTRAJAYA – Aktiviti perdagangan melibatkan pelabuhan negara tidak terjejas meskipun pasaran eksport China dilaporkan menurun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ini kerana Malaysia berdagang turut berdagang dengan negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan mengalami peningkatan perdagangan sebanyak 13 peratus.

Sehubungan itu, katanya, strategi Malaysia yang tidak hanya bergantung dengan sebuah negara tidak akan memberi kesan terhadap perkembangan di China.

“Tidak (Malaysia tidak terjejas). Ia ada sikit penurunan pasaran China tapi pasaran Amerika meningkat. Kita berdagang dengan semua negara bukan China sahaja ada satu pasaran turun sikit tapi pasaran lain meningkat,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Anthony, beliau yakin ekonomi negara akan bertambah kukuh pada tahun ini dan jangkaan itu berdasarkan kepada peningkatan pengendalian kontena di pelabuhan-pelabuhan dalam negara.

“Sebanyak 26 peratus meningkat (kendalian kontena) di Pelabihan Klang. Jadi gambaran mengatakan jumlah perdagangan dalam negara kita merosot tidak benar, sebab tidak boleh nilai hanya sebulan,” katanya. – MalaysiaGazette