Kempen derma darah secara berkala, cukupkan bekalan Pusat Darah Negara

Kempen derma darah secara berkala, cukupkan bekalan Pusat Darah Negara

KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara mengajak orang ramai terus menderma darah secara berkala walaupun kesedaran pelbagai kaum semakin baik.

Pengarahnya, Dr. Afifah Hassan berkata, memandangkan umat Islam sekarang sekarang berada dalam bulan puasa, pihaknya menggalakkan lebih ramai penderma bukan Muslim untuk datang menderma darah.

Jelas beliau, penderma darah beragama Islam masih berpeluang untuk menderma selepas waktu berbuka puasa.

“Objektif penganjuran ini adalah untuk menyasarkan aktiviti derma darah yang berterusan dapat dilakukan untuk mengekalkan bekalan darah pada tahap selamat dan mencukupi.

Kempen Derma Darah secara berkala akan memastikan bekalan darah di Pusat Darah Negara sentiasa mencukupi.

“Semua penderma digalakkan untuk menyertai kempen dan semua jenis darah diterima mengikut kelayakan dan hasil kempen yang berjaya dikumpulkan akan dihantar kepada Pusat Darah Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Afifah turut memuji penglibatan Kumpulan QI bersama Yayasan Ryhtm yang mengadakan inisiatif menganjurkan kempen derma darah pada hujung minggu lalu.

Jelas beliau, Program Tanggungjawab Korporat yang prihatin terhadap penderitaan insan yang memerlukan dianjurkan bersama Pusat Darah Negara dan Damansara City Mall. – MalaysiaGazette

Scroll to Top