Kempen Internet Selamat pacu kesedaran digital serantau, Malaysia terajui norma baharu media sosial ASEAN

Kempen Internet Selamat pacu kesedaran digital serantau, Malaysia terajui norma baharu media sosial ASEAN

Dalam landskap digital yang semakin kompleks, inisiatif seperti Kempen Internet Selamat bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan mendesak. Ia berfungsi bukan sekadar sebagai kempen kesedaran, tetapi sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang dalam mewujudkan masyarakat celik digital.

Kempen Internet Selamat pacu kesedaran digital serantau

Kempen Internet Selamat

Foto: Bernama

Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan berkata, pendekatan Kempen Internet Selamat harus bersifat holistik dan melibatkan seluruh lapisan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, guru serta pembuat dasar.

Kempen Internet Selamat

Foto: Bernama

“Kempen Internet Selamat sangat relevan hari ini kerana kita berdepan era doomscrolling dan ketagihan kandungan negatif dalam kalangan remaja.
“Ia bukan sekadar kempen kesedaran, tetapi sebahagian daripada strategi ‘keamanan digital’ negara,” katanya kepada Oh My Media.

Pendekatan selain Kempen Internet Selamat

Beliau berkata selari dengan itu, pelaksanaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)) terhadap penyedia platform sosial dengan lebih lapan juta pengguna menjadi salah satu langkah penguatkuasaan penting oleh kerajaan.

Ini bertujuan meningkatkan tanggungjawab platform terhadap kandungan yang disebarkan kepada masyarakat namun, cabaran penguatkuasaan tetap wujud terutama melibatkan pemahaman dan kesedaran golongan muda terhadap risiko kandungan toksik.

“Cabaran utama hari ini ialah tahap kesedaran pengguna muda khususnya Generasi Alpha dan Beta yang terdedah kepada kandungan toksik dan amalan doomscrolling.
“Oleh itu, peranan ibu bapa dan pendidik amat penting dalam membimbing anak sebagai pencipta kandungan yang positif dan beretika.” ujarnya.
Kempen Internet Selamat

Foto: Dr Ahmad Sauffiyan

Dalam aspek penetapan piawaian kandungan digital, Code of Conduct (CoC) yang diperkenalkan di Malaysia diharap dapat menjadi satu bentuk kawalan kendiri yang berkesan di kalangan platform media sosial.

Bagaimanapun, penerimaan dan pelaksanaannya bergantung kepada sikap dan komitmen platform itu sendiri.

“Ada platform yang sudah mempunyai sistem AI dan garis panduan jelas, namun masih wujud platform dengan polisi kandungan terbuka yang bercanggah dengan semangat CoC Malaysia.
“Oleh itu, kerajaan perlu terus menjadi pemacu kesedaran digital dengan melibatkan masyarakat termasuk ibu bapa, guru dan pempengaruh.” jelas Dr Ahmad Sauffiyan.

Sementara itu, Malaysia juga menunjukkan komitmen tinggi di peringkat serantau melalui Deklarasi Kuala Lumpur yang bertujuan membentuk standard ASEAN bagi penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.

Artikel lain: Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 lengkap dengan internet pantas 5G, bukti kemajuan ekosistem digital Malaysia

Ini penting dalam menghadapi cabaran baharu seperti kandungan hiperrealistik berasaskan AI dan maklumat rekaan yang sukar dikenal pasti.

“Deklarasi KL harus dijadikan asas kepada standard serantau. Ia perlu dikembangkan menjadi rangka kerja merangkumi pelesenan platform, pemantauan kandungan berasaskan AI serta kerjasama rentas negara yang disesuaikan dengan konteks budaya dan keselamatan digital serantau,” tambah beliau.

Malah, ASEAN Toolkit for Online Safety membuka ruang untuk pelaksanaan strategi keselamatan digital yang lebih bersifat lokal dan praktikal dimana Malaysia melihat toolkit ini sebagai peluang meningkatkan kapasiti komuniti melalui pelbagai pendekatan pembelajaran dan latihan.

“Kami percaya pendekatan seperti Trainer of Trainers boleh diperluas agar komuniti, guru, ibu bapa dan anak muda lebih bersedia menghadapi risiko siber,” katanya sambil menegaskan kepentingan kerjasama serantau dalam memperkukuh sinergi keselamatan digital ASEAN.
Kempen Internet Selamat

Foto: Utusan

Akhir sekali, dalam usaha mengekang penyebaran maklumat palsu, Malaysia boleh terus memperkasakan platform sedia ada seperti Sebenarnya.my dan AIFA chatbot, termasuk mengembangkan capaian ke peringkat serantau.

“Langkah seterusnya ialah integrasi dengan platform media sosial dan peluasan AIFA ke dalam pelbagai bahasa ASEAN seperti Thai, Vietnam dan Indonesia.
“Kita juga boleh libatkan sekolah, universiti dan NGO dengan sistem ganjaran seperti ‘fact-checking badge,” ujarnya lagi.

Malaysia bukan sahaja sedang membina satu ekosistem keselamatan digital nasional, tetapi juga meletakkan dirinya sebagai peneraju pemikiran dalam membentuk norma digital serantau yang selamat, inklusif dan beretika.

Scroll to Top