
Jenama kecantikan halal terkemuka, Wardah baru-baru ini memperkenalkan kempen Ramadan ‘Teruskan Langkah Baikmu’ bagi menghayati semangat Ramadan.
Kempen ini bertujuan memberikan inspirasi kepada individu untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka.
Wardah mengumumkan Minggu Sains Kecantikan Wardah di Blue Atrium, Sunway Pyramid bermula bermula pada 19 hingga 24 Mac 2024.


Pengunjung boleh mencuba sendiri aktiviti menarik dan interaktif yang disokong oleh sains dalam usaha meningkatkan keyakinan diri, mendedahkan kecantikan dalaman dan pertumbuhan peribadi.
Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman gabungan sains, kecantikan dan penjagaan diri.
Bermula dengan stesen pemeriksaan kulit bagi memahami jenis kulit diikuti pemeriksaan UV bagi menilai kerosakan matahari dan mendapatkan nasihat secara langsung.
Seterusnya pengunjung boleh mencuba pemeriksaan kelembapan kulit bagi menentukan tahap penghidratan, dan singgah ke bar tekstur untuk meneroka tekstur penjagaan kulit yang berbeza.


Di Stesen Warna pula, pengunjung boleh mencuba Analisis Penjagaan Peribadi bagi mengetahui warna bermusim dan rona unik terbaik.
Pengunjung dapat mengetahui warna yang tepat bagi menyerlahkan kecantikan semula jadi dan belajar cara mencipta gaya yang sesuai.
Selain itu, pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam Stesen Refleksi yang dibuat khas untuk menggalakkan sesi kaji diri dan fikir sejenak.
Stesen-stesen ini menyediakan persekitaran yang tenang untuk peserta melihat pertumbuhan peribadi serta menerima kualiti unik diri sendiri.
“Kami teruja untuk meraikan pelancaran kempen inspirasi ini yang merangkumi semangat Ramadan. Bulan mulia ini adalah masa untuk kita menjadi lebih baik.
“Justeru, kami melancarkan kempen Teruskan Langkah Baikmu,” tutur Karina Anindita selaku Ketua Pemasaran Antarabangsa Paragon.


Para pengunjung turut berpeluang menikmati promosi dan diskaun istimewa bagi produk Wardah serta menerima pemberian percuma dan hadiah eksklusif.
Kerjasama istimewa dengan jenama tudung tempatan, HariRose turut disediakan di Minggu Sains Kecantikan Wardah.
Koleksi khas perayaan Harirose x Wardah dilancarkan. Pengunjung berpeluang menjadi yang terawal bagi mendapatkan koleksi ini berserta kotak istimewa dan aksesori hijab.
Aktiviti-Aktivti Dalam Kempen ‘Teruskan Langkah Baikmu’
1. Ekspedisi tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke Baling, Kedah, dengan jenama Kahf. Satu pasukan seramai 30 orang bertolak dari Kuala Lumpur pada 14 Mac dengan membawa barangan runcit bernilai RM30,000 ke dua buah kampung untuk diberikan kepada lebih 1,750 keluarga kurang bernasib baik.
2. Minggu Sains Kecantikan Wardah di Sunway Pyramid pada 19 hingga 25 Mac akan memaparkan produk kecantikan yang disokong oleh sains, bengkel penjagaan kulit dan demonstrasi solekan.
3. Majlis Iftar Ala Madinah di Karangkraf dari 25 hingga 29 Mac bertujuan untuk memberikan juadah kepada seramai 8,000 – 10,000 warga Shah Alam dalam tempoh 5 hari.
4. Wardah juga bakal membuat tayangan perdana rancangan bual bicara khas Heart to Heart bersama duta jenama Dayah Bakar dan tiga penceramah jemputan iaitu Sharifah Rose, Vivy Yusof dan Aisyah Hijannah.
5. Filem pendek pertama Wardah berjudul ‘Surat Untuk Seri’ mengisahkan tentang ‘Teruskan Langkah Baikmu”.
Raikan Semangat Ramadan & Kekal Positif
Jangan lepaskan tawaran istimewa Wardah sepanjang Minggu Sains Kecantikan bermula pada 19 hingga 24 Mac ini!
Nikmati diskaun sehingga 20% untuk produk penjagaan kulit, diskaun sehingga 30% untuk kosmetik, dan rebat segera RM10 dengan setiap pembelian bernilai RM80.
Selain itu, terima hadiah percuma dengan pembelian minimum RM100. Tambah baik rutin kecantikan anda dengan Wardah dan berjimat lebih banyak pada Ramadan kali ini!
Untuk maklumat lanjut, layari https://wardahbeauty.com/ atau Instagram @wardahbeauty_my dan Facebook @wardahbeauty.my
Download seeNI sekarang!

Tular baru-baru ini dengan satu perkongsian video menunjukkan ahli bomba yang sedang mengeluarkan ular yang agak besar. Ular itu di dapati berada di atas bumbung rumah tersebut.
Ramai yang terkejut dan gerun melihat penemuan binatang itu. Siapa sangka rumah yang kita diami itu menjadi rumah kepada ‘makhluk’ lain untuk di tumpang…tetapi binatang berbisa pula.
Artikel berkaitan: Jerit Sekuat Hati Pun Tidak Membantu, Ikuti Tip Untuk Menghalau Lipas Keluar Dari Kereta
3 Bahan Untuk Halau Ular Keluar
Banyak sahaja cara untuk kita ‘mencegah’ sebelum terserempak dengan ular atau apa-apa binatang berbisa. Bahan-bahannya juga cukup mudah untuk anda jumpai.
Bahan utamanya adalah GARAM KASAR! Ya, bukan untuk kegunaan sihir atau apa-apa, hanya bertujuan untuk menghalau apa yang sepatutnya tidak berada di rumah.
Bahan-bahan lain seperti:
– Garam Kasar
– Minyak kasturi
– Kulit kayu manis (di tumbuk halus)
– Cengkih (sedikit sahaja)


Cara campurannya mudah sahaja, hanya perlu gaul semua bahan itu sekali dan anda siap untuk menggunakannya. Letakkan sikit campuran itu di setiap penjuru rumah, dapur, tingkap, dan mana-mana kawasan yang berpotensi boleh haiwan tersebut menyelinap masuk.
Jika Terdapat Haiwan Berbisa Apa Patut Buat?
Sering kita lihat sekarang orang ramai utamakan content video untuk di kongsikan pada sosial media. Malah, ramai juga yang mempertaruhkan nyawa demi like dan views.
Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk kekal bertenang dan segera dapatkan bantuan pihak Bomba. Pastikan diri anda serta orang sekeliling dalam keadaan jauh dari binatang berbisa itu.
Artikel berkaitan: Seramnya! Netizen Terkejut Lihat Doktor Keluarkan Lipas Dari Telinga Pesakitnya
Sumber: Kompas.com
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!

Malam tadi, bekas pengacara rancangan 999, Zakiah Anas telah membuat kemunculan khas sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3.
Penampilan istimewa personaliti televisyen berusia 55 tahun itu bersama 11 lagi bekas penyampai TV3 adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 38 stesen berkenaan yang akan diraikan pada 1 Jun ini.
Tetap anggun seperti dahulu, kemunculan Zakiah yang telah digandingkan bersama rakan penyampai Khairul Rizuan Azizan mendapat perhatian ramai terutamanya daripada peminatnya yang rindu dengan kehadirannya di kaca televisyen.






Mengubat kerinduan
Di ruangan komen di Instagramnya, ramai yang menitipkan rasa rindu dan teruja dengan kemunculan istimewanya ini yang disifatkan sesuatu yang telah lama dinantikan oleh para peminatnya.
“Dari dulu sampai sekarang cantik sangat..dah bertudung iras Ziana Zain pun ada.
“Their calmness n aura tu another level… taji masih tak tumpul..please bring back the seniors…
“Meremang bulu roma saya cara cakap tak ubah macam dulu. Susunan ayat sebutir sebutir,” antara komen di instagram.





Buat pengetahuan semua, Zakiah merupakan penyampai Buletin Utama pada tahun 1993 hinggalah tahun 2001.
Selain itu, beliau juga merupakan bekas pengacara rancangan 999, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini, Majalah 3 & Bincang Petang di saluran TV3.


Download seeNI sekarang!




