Kempen Raya HLB Penuh Makna, Alif Satar Kongsi ‘Vibe’ Positif Dalam ‘Senyum-Senyum Raya’ | Oh! Media

Kempen Raya HLB Penuh Makna, Alif Satar Kongsi ‘Vibe’ Positif Dalam ‘Senyum-Senyum Raya’ | Oh! Media

Aidilfitri kali ini, Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) hadir dengan kelainan melalui kempen bertemakan amalan iaitu sebuah inisiatif yang bukan saja membawa keceriaan hari raya, tetapi menyuntik kesedaran tentang kepentingan amalan baik termasuk dalam pengurusan kewangan.

Yang paling menarik perhatian, HLB turut melancarkan lagu dan video muzik Raya bertajuk ‘Senyum-Senyum Raya’ yang dinyanyikan oleh duta HLB sendiri, Alif Satar & The Locos.

Lagu ciptaan Yusuff Khan, Adam Armin, Adly Kiddy dan Ja’a ini bukan lagu biasa-biasa ya, tapi penuh dengan aura positif, semangat kekeluargaan dan pastinya, vibe ceria yang sesuai dengan suasana Raya.

Mesej kewangan bijak dalam nada raya

HLBHLB

Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO HLB, Kevin Lam menegaskan komitmen bank dalam menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan yang membantu pelanggan menguruskan kewangan dengan bijak.

Kami berhasrat memperluas penyelesaian kewangan yang diperibadikan kepada lebih ramai pelanggan, dan dalam aspek ini, Hong Leong Islamic Bank telah memainkan peranan penting dengan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan yang patuh Syariah.

Bukan setakat produk kewangan, malah menerusi lagu Raya ini, HLB menyampaikan mesej tersirat bahawa amalan yang baik termasuk pengurusan wang boleh membawa kepada kesyukuran dan kebahagiaan.

Lagu raya yang bukan sekadar hiburan

alif sataralif satar

Menurut Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB, kempen tahun ini membawa mesej yang lebih mendalam.

Mesej kami berteraskan konsep ‘amalan’ yang menjadi sumber kepada segala ‘senyuman’ dan kesyukuran yang dinikmati.”

Memang bertepatan dengan semangat Raya yang bukan sekadar tentang baju baru dan kuih-muih, tetapi juga tentang menghargai hasil usaha dan amalan baik sepanjang tahun.

“Lagu ini bawa vibe positif!” – Alif Satar

alif sataralif satar

Sudah tiga tahun menjadi duta HLB, Alif Satar menyifatkan projek lagu ini sebagai sangat bermakna buat dirinya.

Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan HLB dalam projek ini… Bila pertama kali dengar demo lagu ni, terus rasa vibe positif dan ceria!

Memang sesuai sangat dengan suasana Raya yang penuh kasih sayang, tawa dan kenangan manis bersama keluarga.

Sempena kempen ini juga, HLB tak lupa hulur tangan kepada komuniti. Bersama foodpanda, mereka menyumbangkan makanan kepada 1000 rider serta menaja majlis berbuka puasa di Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak. Selain itu, kakitangan HLB turut aktif dalam aktiviti CSR seperti menyumbang pek makanan dan membersihkan rumah kebajikan.

Lebih membanggakan, sumbangan kakitangan HLB kini telah mencecah lebih RM100,000 kepada pelbagai rumah kebajikan seluruh negara.

Tonton sekarang ‘Senyum-Senyum Raya’

Lagu ini telah pun dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital pada 14 Mac 2025, manakala video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Hong Leong Bank mulai 17 Mac 2025. Jangan lupa tonton, confirm tersenyum lepas tu!


Scroll to Top