redzuan.muharam@hmetro.com.my
Bergambar
Kuala Lumpur: Kemunculan maskot Ejen Ali sempena program hari bebas kereta Kuala Lumpur (KLCFD) pagi ini mencuri tumpuan selepas diserbu peminat karakter berkenaan.
Aksi comel Ejen Ali yang berlari bersama hadirin nyata menghiburkan kerana menyaksikan orang ramai daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa berebut untuk bergambar bersama maskot itu.
Difahamkan, kemunculan mengejut Ejen Ali itu adalah sebahagian rangka promosi menjelang tayangan filem Ejen Ali The Movie 2 pada 22 Mei depan.
Sambutan hangat itu mengukuhkan lagi kedudukan Ejen Ali sebagai filem Aksi Animasi Pilihan Rakyat Malaysia.
Ejen Ali The Movie 2 ialah filem aksi animasi yang sesuai ditonton oleh semua lapisan usia.
Mesej utama pemasaran: Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi.
Filem sulungnya, Ejen Ali: The Movie yang ditayangkan sebelum ini ditonton lebih 2.5 juta rakyat negara ini.
Angka itu dijangka meningkat berdasarkan pengaruh besar Ejen Ali.
Lebih banyak aktiviti promosi membabitkan peminat sedang dirancang dan maklumat terkini boleh didapati dengan mengikuti media sosial Primeworks Studios, TV3 Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




