Pelakon senior, Azhar Sulaiman terpanggil untuk memberikan pandangan dan pendapat peribadinya mengenai situasi menimpa aktres remaja, Puteri Balqis yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri.
Menerusi hantaran dikongsikan, Azhar yang juga bapa kepada personaliti media sosial, Kasih Iris Leona mempersoalkan tindakan pelakon remaja tersebut sebelum melakukan pendedahan sebegitu.
“… lepas dengar beberapa minit temu bual tersebut, Mami meminta rakan untuk menghentikannya (pendedahan gangguan seksual). Dalam kepala Mami terus terfikir, tiada manfaat diperoleh melalui temu bual tersebut.
“Tak ada sesiapa beri nasihat kepada dia (Puteri Balqis) dulu ke sebelum buat ni?”tulis Azhar Sulaiman pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Selain itu, Azhar turut meluahkan kehairan apabila ibu kepada Puteri Balqis membiarkan sahaja anaknya mendedahkan rahsia tersebut memandangkan ia bakal menjejaskan reputasi sebagai selebriti.
“Mak dia okey ke pasal ni? Wartawan pun sepatutnya ada rasa bertanggungjawab apabila bertanya soalan sebab ada implikasi lepas rahsia terbongkar.
“Kadangkala ada rahsia yang nak simpan sampai mati sebab kerja kita sebagai selebriti. Aib keluarga dan kita perlu jaga,”tulisnya lagi.
Difahamkan hantaran tersebut telah dipadam oleh Azhar Sulaiman dari media sosialnya.
Sumber: Instagram @azharbsulaiman