“Kena Jual Cerita Rumah Tangga Baru Orang Bagi Perhatian Ke?” – Sharifah Sakinah

“Kena Jual Cerita Rumah Tangga Baru Orang Bagi Perhatian Ke?” – Sharifah Sakinah

Pelakon, Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri perhatian apabila meluahkan hasrat untuk bergelar content creator atau influencer demi menambah sumber pendapatan.

Namun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah persoalannya sama ada ‘jalan pintas’ untuk meraih perhatian ramai adalah dengan membuka kisah rumah tangga.

“Cita-cita aku nak jadi content creator atau influencer, at least boleh cari duit lebih sikit. Masalahnya aku ni tak reti edit, tak pandai ikut trend semasa. Post pasal kerja je, itu pun orang lain yang post.

“Soalan sekarang, aku kena jual cerita rumah tangga ke baru orang nak bagi perhatian?” katanya menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya.

Dalam masa sama, aktres filem Qifarah ini turut mengakui dirinya serba boleh dalam menampilkan pelbagai karakter jika diperlukan.

“Aku ni boleh je jadi macam-macam watak, Azwan Ali pun boleh, Cik Epal pun boleh, Anju (Zarina Anjoulie) pun on. Content apa semua aku ada je.

“Nak aku buat fitness content ke, rumah tangga content ke, nak content apa? Saya cuba,” ujarnya berseloroh.

Scroll to Top