Kena Marah Sebab Terbangkan Dron Yang Akhirnya Bongkar Hakisan Tanah

Kena Marah Sebab Terbangkan Dron Yang Akhirnya Bongkar Hakisan Tanah

Oh! Tidak

Dron bongkar hakisan tanah di kedai makan tular Cameron Highlands, cetus kebimbangan keselamatan pengunjung.


Satu rakaman dron yang pada mulanya dianggap perkara kecil rupanya membuka mata ramai tentang risiko keselamatan di sebuah kedai makan tular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands. Semua ini berlaku selepas sepasang suami isteri ditegur pemilik kedai kerana menerbangkan dron di kawasan tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, teguran itu membuatkan mereka kembali menonton rakaman dron yang diambil. Dari situ, barulah terbongkar keadaan sebenar kawasan sekitar kedai yang didakwa berdepan masalah hakisan tanah.

Rakaman dron dedah hakisan tanah berbahaya

Menurut wanita yang berkongsi rakaman itu di TikTok, teguran pemilik kedai dibuat dengan nada yang agak tegas dan mencurigakan. Malah, pemilik kedai memaklumkan terdapat kain rentang yang melarang aktiviti dron di kawasan tersebut.

Dia marah suami main dron kat situ. Cara dia bertegas tu lain sangat, macam tengah menutup sesuatu. Siap cakap ada kain rentang tulis kat depan tak boleh main dron. Tapi kenapa?- Katanya.

Selepas meneliti semula rakaman, pasangan itu menyedari terdapat kawasan hakisan tanah yang sangat hampir dengan lokasi kedai. Situasi itu jelas mengundang bahaya kepada pengunjung yang singgah tanpa mengetahui risiko sebenar.

Bukan niat tutup rezeki peniaga

Gambar keadaan tebing tanah pada tahun masih baik

Wanita berkenaan menjelaskan perkongsian tersebut dibuat sebagai peringatan, bukan untuk menjejaskan perniagaan sesiapa. Dia berharap orang ramai lebih peka sebelum berhenti di lokasi berkenaan.

Tiada niat nak tutup periuk nasi sesiapa, tapi korang boleh fikir apa yang patut. Memang bersyukur Allah masih lindung.- Katanya.

Dia turut mengakui jika mengetahui keadaan sebenar lebih awal, mereka tidak akan berhenti di situ walaupun lokasi tersebut kelihatan cantik dan menarik.

Kerajaan negeri ambil tindakan lanjut

Perkongsian rakaman dron itu turut menarik perhatian netizen yang membandingkan keadaan semasa dengan gambar tahun lalu, di mana kawasan tersebut masih belum mengalami hakisan serius. Isu ini kemudiannya mendapat perhatian pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, satu nasihat telah dikemukakan kepada Jabatan Perhutanan Perak untuk mengeluarkan notis penutupan kepada pemegang permit kawasan tersebut.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan pandang ringan soal keselamatan bila singgah di tempat tular macam ni. Kadang-kadang yang nampak cantik di mata, rupanya ada risiko besar yang kita tak sedar.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top