Sebelum ini kami melaporkan yang usahawan terkenal, Kieda atau nama sebenarnya Khalieda Yusra telah menerima penghargaan istimewa sebagai penyumbang zakat Kategori Emas di Negeri Pulau Pinang.
BACA: “Support Vendor Dulu..” – Kieda Crepe Terima Penghargaan Penyumbang Zakat Emas Di Pulau Pinang
Kieda Crepe juga meluahkan rasa terharu dan bersyukur atas sokongan padu yang diterima daripada para pelanggan sejak awal pembabitannya dalam dunia perniagaan.
Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi support perniagaan Kieda dari rumah sampai kedai dan sekarang Tour Satu Malaysia.
Kieda Crepe ambil peluang mohon maaf
Dalam pada itu, Kieda turut mengambil kesempatan memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang pernah terasa hati dengan dirinya sebelum ini.
Saya harap terus diberi ruang dan kekuatan untuk jadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.
Netizen beri respon

Menerusi perkongsian di Tiktok, rata-rata warganet memuji tindakan Kieda yang tidak melupakan asal-usul dan tanggungjawab sebagai seorang usahawan, walaupun sering menjadi perhatian di media sosial.
Namun, ada juga pertikai dan menganggap perkara itu tidak perlu dihebohkan. Tapi, ianya tetap dibantah oleh individu lain.
Zakat kena tunjuk. Nak habaq kata orang kita bila kaya jangan lupa tunaikan kewajipan dan menggalakkan lagi orang keluarkan zakat. Okay je..
Pssttt! Tak kisah dari mana kita bermula, yang penting usaha dan kesungguhan. Sentiasa ingat asal-usul dan jangan malu untuk mohon maaf serta terus baiki diri.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.