Kenang perjalanan 15 tahun beroperasi, Galeri Pelawat Siti Khadijah dirasmikan

Kenang perjalanan 15 tahun beroperasi, Galeri Pelawat Siti Khadijah dirasmikan

Jenama telekung dan pakaian muslimah, Siti Khadijah merasmikan Galeri Pelawat Siti Khadijah di Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Galeri Pelawat Siti Khadijah dirasmikan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn Bhd, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, galeri yang berkonsepkan ‘One Stop Centre’ itu merangkumi pelbagai elemen bagi memberi pengalaman menarik untuk para pengunjung.

Galeri Pelawat Siti Khadijah

“Galeri tersebut dibuka bagi mengembalikan kenangan dan perjalanan Siti Khadijah sepanjang 15 tahun beroperasi.
“Ia tentang bagaimana sebuah jenama yang dimulakan dengan sederhana sehinggalah berkembang menjadi ikon keanggunan, ketelitian dan nilai tradisi” katanya.

Antara tarikan utama dalam galeri tersebut antaranya ruang pameran rekaan bentuk muka telekung, makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D), sudut interaktif dimana para pengunjung berpeluang merasai sendiri kualiti fabrik.

Tuanku Aishah Rohani berkenan mencemar berkunjung ke Galeri Pelawat Siti Khadijah

Sementara itu, Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli berkunjung ke Galeri Pelawat Siti Khadijah sekali gus merasmikan majlis tersebut.

Galeri Pelawat Siti Khadijah

Malah, baginda juga berkenan meluangkan masa melawat galeri dan kilang jahitan selain pengunjung diserikan dengan demonstrasi menjahit sejadah mini di ruangan ‘Experience Centre’.

Galeri Pelawat Siti Khadijah

Galeri Pelawat Siti Khadijah

Jelas Mohammad Munzir lagi, Siti Khadijah merupakan jenama tempatan pertama dalam segmen ibadah dan produk gaya hidup yang menyediakan destinasi lawatan bagi pengunjung merasai dan memahami warisan budaya serta sejarah sambil memberi inspirasi bagi generasi usahawan pada masa akan datang.

“Galeri itu juga dilihat berupaya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan Negeri Sembilan khusunya dan sektor pelancongan Malaysia secara amnya,” jelasnya.

Artikel lain: Siti Khadijah lancar telekung siri Buttonscarves X Siti Khadijah, janji keselesaan ketika solat

Galeri Pelawat Siti Khadijah

Turut hadir pengasas Siti Khadijah, Padzilah Enda, isteri Tunku Besar Tampin, Che Puan Isteri, Che Puan Anis Sobari dan anakanda baginda Tunku Zain Al- ‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz serta para tetamu kehormat lain.

Scroll to Top