Memasuki 10 malam terakhir Ramadan, pelakon, Nora Danish tidak melepaskan peluang meluangkan masa dengan memperbanyakkan ibadah bersama keluarga.
Kongsi momen bersama anak pada malam 27 Ramadan
Menerusi perkongsian di media sosial, Nora berkongsi momen menyentuh hati apabila putera sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram mengimamkan solat pada malam ke-27 Ramadan.
To enable full Instagram embedding experience, please add your access token by navigating to: Dashboard > EmbedPress > Settings > Sources > Instagram>
Perkara itu nyata membuatkan pelakon berusia 44 tahun itu terharu apabila melihat anaknya semakin matang dan menjadi penyejuk hati keluarga.
“Menjadi di antara kenangan yang terindah.
“My qiam partner Ramadan ke-27. Semoga menjadi anak penyejuk hati keluarga ,”tulisnya.

MasyaAllah, alhamdulillah
Momen tersebut turut memperlihatkan kebahagiaan kedua-dua beranak itu yang sama-sama mentadabbur al-Quran dalam suasana penuh keberkatan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui momen tersebut sangat berharga dan mendoakan agar anak-anak pelakon berkenaan menjadi insan yang soleh dan berbakti kepada orang tua.

Sejuk hati tengok

Semoga menjadi anak yang soleh

Artikel lain: Nedim Nazri minta henti kecam Nora Danish – “Jangan cari salah dia, sedang berubah jadi baik”
Untuk rekod, Rayqal merupakan anak hasil perkahwinan Nora bersama Riza Rizal Ashram atau Jejai, manakala Nora juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, Mohamed Neqayl hasil perkongsian hidup dengan Nedim Nazri.




