Pelakon jelita, Nora Danish mencuri tumpuan selepas perkongsiannya mengenai kesalahan dan istiqamah dipertikaikan oleh segelintir pihak.
Kata Nora menerusi hantaran di Threads, dia mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang mengaitkan antara kesalahan orang lain dengan perbuatan istiqamah individu terbabit.
Menurutnya, kesalahan dan perbuatan istiqamah adalah dua perkara berbeza.
“Kenapa bila kesalahan yang kita lakukan mesti dikaitkan dengan jalan kita istiqamah? Kan dua benda berbeza?
“Jalan istiqamah adalah segala daya upaya, cara apa sahaja kita lakukan untuk belajar dan mencari keredhaa-Nya, mencari keampunan-ya,” katanya.
Dalam hantaran sama, Nora atau nama penuhnya, Nora Danish Mohd Haniff, 44, turut mengingatkan bahawa setiap insan tidak pernah lari daripada kekurangan, dan setiap ujian yang dilalui juga berbeza-beza mengikut kemampuan serta perjalanan hidup masing-masing.
“Kesalahan, kita kan manusia, kita tidak sempurna. Akan ada pelbagai jenis ujian untuk kita tempuhi selama kita hidup.
“Dan ujian kita semua berbeza, kerana jalan masing-masing menuju syurga Allah adalah berbeza,” jelasnya.

Malah, Nora juga berharap agar orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap mana-mana individu yang sedang ditimpa musibah,
Ini kerana, Allah sedang menaikkan darjat seseorang hamba-Nya apabila ia reda dengan ujian tersebut.





