Kontroversi membabitkan keluarga usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim kembali panas apabila pelakon, Rebecca Nur Al-Islam tampil bersuara mengenai video Datin Shahida yang dianggap menyerangnya secara terbuka.
Menerusi podcast Astro Gempak, Rebecca menyangka video tersebut hanyalah sekadar kandungan media sosial semata-mata.
Saya terkejut dengan video yang dikeluarkan oleh dia. Saya berfikir panjang untuk mengeluarkan video balas.
Pada mulanya saya terfikir dia mungkin saja-saja dan hanyalah konten. Tetapi selepas itu saya rasa ia bukan konten sebab caranya agak kasar.
“Kenapa tak WhatsApp saya?” – Rebecca

Rebecca turut mempertikaikan tindakan Shahida yang tidak berhubung secara peribadi andai ada perkara yang kurang senang.
Kenapa dia tak boleh WhatsApp saya? Bukankah kita keluarga?
Katanya, sebagai manusia biasa, setiap orang pasti ada kekurangan dan lebih baik jika isu dibincangkan secara tertutup terlebih dahulu.
Pernah hadir majlis keluarga, tak sangka jadi begini

Bukan tu jer, Rebecca juga menyatakan bahawa hubungan mereka sebelum ini cukup baik, malah dia pernah hadir ke beberapa majlis anjuran keluarga berkenaan.
Selama ini ada jemputan majlis, awak boleh WhatsApp saya.
Sebelum Bonda Rozita berkahwin dengan abang saya pun kami adalah kenalan.
Namun, kini segala hubungan itu seolah-olah kabur selepas tercetusnya isu ini.
Saya pun takut nak gunakan perkataan kawan, risau nanti ada yang kata kami over pula.
Dalam hubungan kekeluargaan, komunikasi itu kunci utama. Jangan biar salah faham kecil menjadi konflik besar. Kadang-kadang, satu mesej boleh elak bermacam drama.
Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.